Saturday, May 23, 2009

konvensyen berakhirnya agenda zionis



aman palestin Berhad ni syarikat yg tidak berasaskan keuntungan. pokok pangkal syarikat ni utk bangunkan kefahaman masyarakat Malaysia tentang isu-isu Palestin. Dalam memikul tanggungjawab yang besar n mulia ini, semua peringkat di dalam masyarakat diajak untuk bersama-sama menyapot usaha bagi membebaskan bumi Anbia’ yang bersejarah daripada cengkaman Zionis. n yg pentingnye mende ni memerlukan kerjasama yang erat oleh sumer.

yeahh... memg x dinafikan lagi bahawa dunia kini menyaksikan kerakusan Zionis dalam usaha mencapai cita-cita besar mereka. Zionis mempunyai agenda utama tersendiri yang x dapat disembunyikan lagi, iaitu agenda menubuhkan sebuah negara yang dinamakan “Israel Raya”. Apa yang disaksikan kini, agenda mendirikan sebuah negara yang besar itu x mungkin akan tercapai dalam keadaan mereka ditentang dengan penentangan yang amat kuat, sehingga mereka terpaksa berundur sedikit demi sedikit pada ketika dan saat ini.

Justeru itu Aman Palestin dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) telah menganjurkan satu seminar yang bertajuk “Berakhirnya Agenda Zionis” bagi memberikan penjelasan kepada masyarakat khususnya golongan belia supaya melihat semula kegagalan Zionis di dalam mendirikan sebuah negara yang agung tersebut. n bukan nk ckp pe aku pun join gak konvensyen ni.... selain ilmu aku pun dapat gak



No comments:

Post a Comment