Monday, May 31, 2010

aDe ApE NgAn kAsUt CrOcS???!!!


Design yang menarik, selesa, ringan, serbaguna, warna yang pelbagai menjadikan Crocs menjadi pilihan ramai...
Baik mereka itu bayi kecil yang baru bertatih berjalan, kanak-kanak yang sedang aktif dalam dunia upin ipinnya, remaja belasan tahun, para belia, bahkan golongan veteran sekalipun mengenakan Crocs.
Namun tidak disedari musibah yang menanti Ummat Islam di sebalik kasut ini...
ayuh kite bace artikel ni sampai abes tuk tau pe yg selanjutnya..


Bagaimana Kasut Crocs yang menjadi alas kaki paling popular kini mendatangkan musibah kepada Umat Islam?

Bukan setahun 2 crocs ini bertapak di bumi Malaysia malah lebih dari itu.
Namun baru kini disedari terdapat kalimah ALLAH, lebih tepat lagi di bahagian kita mengalaskan tapak kaki kita...subhanallah!

Untuk memudahkan imaginasi anda, mari kita berkenalan dengan logo Crocs.

Kita semua sedia maklum nama Crocs ini diperolehi dari Crocodile/ Buaya...
Disebabkan itulah, syarikat ini menjadikan gambar buaya sebagai 'model' mereka.
Maskot ini dihias sebaik mungkin agar kelihatan comel.
Jika anak-anak kecil melihat, sudah pasti menyukainya...
Inilah doktrin minda bawah sedar kepada anak-anak.


Persoalannya, kenapa dikatakan terdapat kalimah Allah disebalik logo Crocs ini?

Baiklah, sila lihat gambar di bawah :


Bagaimana? Ada sesuatu yang mencurigakan?

Sudah pasti ada yang berkata :
"Ah..ada-ada saja kamu. Tidak ada yang pelik pun kan. Hanya logo buaya yang comel. Tidak lebih dari itu."

Jangan tersilap. Jika dilihat sekali imbas, memang tidak akan kelihatan sesuatu yang janggal dari logo ini. Sama juga seperti produk Coca Cola.

Setelah diselidik, sekiranya perkataan Coca Cola ini dilihat melalui cermin, akan tertera perkataan bahasa Arab : La Mecca, La Muhammad.
Apa maksudnya? Tiada Mekah, Tiada Muhammad SAW.


Baiklah, lihat gambar di bawah. Logo Crocs yang saya lampirkan di atas diterbalikkan beberapa darjah :



Sudah dapat melihat sesuatu? Ya, kali ini pasti kelihatan dengan jelas. Kalimah ALLAH bukan? Siap ada sabdu lagi. Lebih jelas lagi, saya lampirkan gambar di bawah, ihsan dari facebook :


Aduh, seperti terkena kejutan elektrik. Adakah semua ini satu kebetulan? Atau syarikat Crocs tidak tahu menahu akan hal ini? Hanya maskot buaya yang comel, tanpa ada agenda disebaliknya? Bagaimana pendapat anda?

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka" - Al-Baqarah 120

so,cner ni? kite da ter'beli' da ni..
ok ikut care2 ni,mybe ley mmbantu...


a) Option yang pertama, hilangkan logo ini dengan cara menggoresnya dengan pisau. Biar ia kelihatan bercalar-balar, kesucian Islam itu perlu dijaga.

b) Jika kita benar-benar marah akan perkara ini, bakar kasut Crocs kepunyaan kita sendiri.

c) Jika rakan kita belum maklum, sila maklumkan kepada dia. Bukan membakar terus kasut Crocs mereka.

d) Jika kita mereka masih mengira-ngira untuk membeli kasut ini, anda ada pilihan (a) dan pilihan (b).

e) Jika kita berautoriti untuk mengetengahkan perkara ini kepada semua, saya cukup-cukup mengalu-alukan.

f) Jika kita tidak ambil peduli akan pendedahan ini, sahlah keimanan yang ada di dalam diri bagi seorang muslim telah dicabut oleh Allah. Atau juga kita beranggapan ianya saja diketengahkan bagi mensabotaj Crocs.

g) Jika kita seorang muslim yang beriman, sebarkan artikel ini kepada semua. Baik menggunakan blog kita, akaun facebook kita, akaun twitter, atau lain-lain medium.


Wallahu a'lam...

Sunday, May 30, 2010

Konvoi Gaza DiSEkat!!!!!!!!

January 6, 2010

Mesir terus berkeras dan tidak membenarkan rombongan Viva Palestina daripada membawa masuk bantuan ke Gaza! Keadaan di pelabuhan Mediterranean Al Arish dilaporkan kritikal, di mana lebih 2000 polis rusuhan dikerahkan menghalang jalan masuk ke Pelabuhan tersebut. Walaupun sudah ada yang ditangkap dan tercedera, relawan Viva Palestina tetap berjuang mempertahankan kenderaan bersama-sama barangan bantuan dan ambulan yang akan dibawa masuk membantu rakyat Gaza yang dikurung dari dunia luar sejak tiga setengah tahun lalu.

Rombongan Viva Palestina yang berlepas dari United Kingdom 5hb Disember baru lalu disertai 450 orang relawan menaiki 220 buah trak dan ambulan dari pelbagai negara, termasuk Malaysia. Selepas terkandas selama 5 hari di Aqaba, Jordan akhir Disember lepas dalam usaha mereka memasuki Gaza melaui pintu Rafah, mereka terpaksa menukar laluan untuk cuba memasuki Gaza melalui pelabuhan Al Arish. Walaupun semua urusan dokumentasi dan syarat-syarat lain dipenuhi, Mesir tetap tidak membenarkan mereka melepasi sempadan. Untuk ke Al Arish, mereka terpaksa berpatah balik ke Syria dan melalui terusan Suez, satu perjalanan yang mengambil masa selama 12 jam.

Setiba di Al Arish, mereka dihalang dari memasuki pelabuhan dan berhadapan dengan polis rusuhan dan meriam air pemedih mata. “Tidak kira apa halangan yang akan kami hadapi. Sebaik sampai di Al Arish, kami diserang dengan batu, baton, kayu, dan mereka mencuri barangan yang kami bawa. Kami telah melalui perjalanan yang sangat sukar, tetapi kami tidak sekali-kali akan berhenti, kami akan terus bergerak. Kami akan terus bergerak, InsyaAllah,” kata seorang relawan, Munir Ahmad. Pimpinan rombongan Viva Palestina, termasuk ahli Parlimen British George Galloway, meneruskan usaha diplomasi dan berunding dengan pihak berkuasa Mesir.

Relawan HALUAN turut berada di Al Arish bagi menguruskan penghantaran barangan bantuan kepada rakyat Gaza, antaranya pakaian musim sejuk.

HALUAN Palestin menyeru semua masyarakat yang prihatin terhadap krisis kemanusiaan di Gaza untuk membantu bagi menjayakan misi membawa masuk bantuan ke Gaza ini. Bagi umat Islam, panjatkan doa kepada Allah Yang Maha Kaya supaya usaha ini permudahkan dan mereka semua dilindungi dari kejahatan Zionis Israel dan sekutu-sekutunya.

Petikan berikut adalah dari http://palestinkini.info/

Rabu , 06/01/2010 – Viva Palestin Malaysia ingin mengekspresikan kekesalan dalam perkembangan terbaru di Al Arish, Mesir . Untuk menganiaya sekelompok sukarelawan berusaha untuk membantu meringankan beban rakyat Gaza adalah sama sekali tidak boleh diterima akal.

Dalam perbualan telefon dengan British MP, Mr George Galloway, ketua konvoi Viva Palestina ke Gaza, difahamkan bahawa polis anti rusuhan Mesir telah menggunakan kekerasan yang melampau termasuk merejam, memukul dan menembak gas air mata kepada ahli konvoi. Terdapat ahli konvoi yang terluka dan dirawat di rumah sakit. Beberapa orang telah ditangkap, termasuk seorang mahasiswa Malaysia yang berpusat di UK.

Kami ingin mengingatkan kerajaan Mesir bahawa konvoi Viva Palestina memenuhi kehendak Mesir setibanya di sempadang Al Arish sepatutnya dapat masuk ke Gaza dengan sah. Namun, Mesir telah menambah syarat2 kemasukan ke Gaza semasa ketibaan konvoi dan ini menimbulkan pertanyaan apakah motif sebenar mereka ?? . Keadaan ini telah merenjatkan lima puluh trak bantuan ke Gaza.

Viva Palestin Malaysia dengan ini menuntut kerajaan Mesir supaya:

1. akan melepaskan semua ahli konvoi dan bertanggungjawab atas keselamatan mereka jika mereka belum diserahkan.

2. akan memastikan keselamatan, kecepatan dan bebas insiden kepada ahli2 konvoi ke Gaza.

Viva Palestina Malaysia mengulangi bahawa negara jiran Mesir mempunyai kelebihan dalam memastikan perjalanan konvoi mencapai misinya. Sebaliknya, seperti yang diketahui umum, kerajaan Mesir telah merosakkan perjalanan ini. Mesir yang mengakui berdiri menyokong rakyat Palestin ternyata dalam episod sedih telah merungkaikan segalanya. Kerajaan Mesir kini telah berjaya membuktikan kepada dunia bahawa memang ada pengepungan di Gaza dan Mesir adalah kaki tangan utama dalam jenayah keji ini.

Viva Palestina Malaysia sangat kecewa dengan tindakan memalukan kerajaan Mesir ini. Kami berharap kerajaan Mesir akhirnya akan melakukan apa yang benar terhadap Palestin dan menebus reputasinya yang telah compang-camping di mata ketamadunan dunia.

sumber Dr Hafidzi Mohd Noor (JIM)
penterjemah : gunx

*dengan sedikit editing