Friday, October 30, 2009

jangan.......

jangan manjekan dia......... qanaahkanlah dia......

jangan agungkan dia....... sederhanakanlah dia........

jangan risaukan dia....... dewasakanlah dia.......

jangan sakiti dia...... kasihankanlah dia.......

jangan lupakan dia........ ingatkanlah dia.......

farid jangan tinggalkan dia......

tIk@ dInIHAri

oh tuhanku tiada indah di malam yang hening,
melainkan dengan bermunajat kepadaMu,
tiada indah satu hari yang aku lalui,
kecuali dengan patuh kepadaMu

oh tuhanku tiada indah hidup didunia,
melainkan berzikir dan menyebut namaMu,
tiada indah tiba diakhirat Mu abadi,
kecuali dengan keampunanMu

ya Allah tuhanku,
ynag merubah kalbu,
tetapkanlah hatiku,
moga sentiasa dalam agama Mu,
jua taat akan perintahMu

tuhan usah bebankan kami,
dengan bebanan yang berat,
seperti yang pernah kau berikan,
kepada umat yang terdahulu dari kami,
tuhan jangan pikulkan kami,
yang tidak kami terdaya,
maafkan salah kesilapan,
ampunkanlah dosa-dosa,
rahmatilah kami...

Monday, October 26, 2009

perempuan yangku sayang..

Perempuan yang aku sayangi
Adalah pencinta agama Tuhannya
Yang mengalir cinta, takut dan harap
Yang menguasai perjalanan penghidupannya
Dari waktu ke waktu
Dari hari ke hari
Sehingga perjanjian
Di antara jasad dan nyawanya berakhir

Perempuan yang aku rindui
Adalah perempuan yang di mata dan wajahnya
Terpancar sinar Nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Di sudut hati kecilnya
Sentiasa membesarkan Allah

Perempuan yang aku cintai
Yang menutup auratnya
Dari pandangan mata lelaki ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Di sanjung tinggi
Penduduk langit dan bumi

Perempuan yang aku impikan
Adalah yang mendekatkan
Hatiku yang telah jauh
Kepada Ar-Rahman, Ar-Rahim
Namun aku tidak ada di sana
Kerana aku dilamar kebendaan dunia

Perempuan yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Yang tidak bermata dunia

Perempuan yang aku suka
Menjadi dian pada sirinya sendiri
Yang menjadi pelita untuk putera puteriku
Yang bakal dilahirkan untuk menyambung
Perjuanganku di belakang hari

Sesungguhnya,
Perempuan yang selalu
Berada dalam doaku
Adalah engkau, isteriku…

Tuesday, October 20, 2009

dia segalanya.....



Ramai manusia memuja alam semesta

Kerana mudah dinilai oleh dua mata


Ramai yang memuja wang dan harta


Di sini kemudahan hidup dapat dirasa


Tidak kurang yang memuja wanita cantik


Kerana nafsu mudah merangsang dan menarik


Dikorban kesenangan hidup untuk memiliki


Hingga terkorban maruah dan nilai agama


Ada lagi yang dituju dan diburu


Oleh manusia memburu


Cinta yang sejati


Cintakan bunga


Layu hancur dan musnah


Cintakan Tuhan


Kekal buat selama-lamanya


Pujalah Tuhanmu


Ia tak mengecewakan


Cintailah dia kekal tiada sudahnya


Gunakanlah segala-galanya


Untuk menyembahnya


Buat apa saja selagi benar untuk Tuhan

Ya Allah.....

kembalikanlah cintaku hanya untukMu...

kerana kupasti tiada jurang2 kekecewaan berada di jalanMu....

kuatkanlah hati dan nuraniku.....

dalam menempuhi dugaan dan cabaran hidupku........

amin.......


Teringat sebuah kata2 hikmah..

~Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari,
kemudian DIA datangkan pula guruh dan kilat.
Kita tercari-cari di mana matahari,
rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah..~
Subhanallah..

Wednesday, October 14, 2009

Saturday, October 10, 2009