Monday, July 5, 2010

ANION masok Maahad Muhammadi Perempuan!!!



najihah sedang khusyuk explain.....:)
izhani moncong je? huhu
lihatlah wahai sahabatku..... kata najihah kuikui


ala u all beli la... nanti tambah point!!!!!
no comment haha


Sunday, June 13, 2010

Tuesday, June 8, 2010

Israel enggan tunduk tekanan

BARANGAN bantuan kemanusiaan dibawa konvoi kapal ke Gaza yang  dirampas Israel dipamer di   Tzrifin, selepas Hamas menghalangnya  memasuki wilayah Palestin berkenaan, semalam.
BARANGAN bantuan kemanusiaan dibawa konvoi kapal ke Gaza yang dirampas Israel dipamer di Tzrifin, selepas Hamas menghalangnya memasuki wilayah Palestin berkenaan, semalam.
Tel Aviv beri alasan mahu siasat sendiri kes serang konvoi misi kemanusiaan

BAITULMAQDIS: Israel masih berkeras enggan tunduk kepada gesaan agar serangan komandonya ke atas kapal MV Mavi Marmara dilakukan di peringkat antarabangsa, sebaliknya bercadang untuk melakukan siasatannya sendiri.

Israel dilaporkan sedang menimbang menubuhkan satu pasukan terdiri daripada rakyatnya sendiri di samping bekas diplomat dan dua pemerhati asing.
Langkah ini tidak menepati siasatan pada peringkat antarabangsa sebagai mana dikehendaki oleh beberapa pemimpin dunia berikutan serbuan komando Israel itu yang mengakibatkan sembilan warga Turki terkorban.

Keputusan itu dibuat oleh menteri kanan Israel masih perlu mendapat kelulusan Kabinet penuh, dan menurut media tempatan, negara Yahudi itu sedang mengadakan perhubungan dengan Washington bagi memperoleh sokongan Amerika Syarikat.

Siasatan dalaman yang dicadangkan Israel itu akan melihat hanya aspek kesahihan sekatan tentera lautnya di Gaza dan serangan pada 31 Mei lalu ke atas konvoi kapal berkenaan yang cuba melanggar sekatan itu, kata Menteri Tidak Berportfolio, Benny Begin menerusi radio awam semalam.

Menteri Pertahanan, Ehud Barak menjelaskan anggota komando yang melakukan serangan itu tidak akan disoal siasat.
“Saya ingin menegaskan anggota komando terbabit, yang menjalankan tugas yang diarahkan kepada mereka dan terpaksa membuat keputusan dalam tempoh singkat sama ada akan menembak tanpa menimbang soal perundangan, tidak disoal siasat,” katanya.

Ankara, yang marah berikutan kematian rakyatnya, salah seorangnya memegang kewarganegaraan Amerika Syarikat, berikrar pemulihan hubungan tidak timbul sama sekali kecuali Israel bersetuju dengan siasatan peringkat antarabangsa.

Israel berkeras dengan pendiriannya bahawa kapal terbabit perlu dihentikan kerana ia mungkin membawa senjata untuk Hamas, yang berhasrat menghapuskan negara Yahudi berkenaan.

“Sekatan dan pemantauan barangan dibawa melalui laut ke Gaza perlu dilakukan bagi mengelakkan penambahan roket, peluru berpandu, senjata dan bahan peperangan lain,” kata Barak.

Israel juga menegaskan anggota komandonya diserang dengan belantan dan pisau apabila mereka menaiki kapal Mavi Marmara, dan melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri. – AFP

NAJIB sokong!!!!

NAJIB bersama Rosmah, Dr Siti Hasmah, Dr Mahathir dan Anifah  meraikan  enam aktivis Rachel Corrie di Langgak Duta, semalam.

NAJIB bersama Rosmah, Dr Siti Hasmah, Dr Mahathir dan Anifah meraikan enam aktivis Rachel Corrie di Langgak Duta, semalam.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau tetap menyokong program dan usaha organisasi bukan kerajaan (NGO) untuk meneruskan penghantaran misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

“Amat baik sekiranya NGO bersetuju terus menghantar bantuan kemanusiaan dengan menggunakan bot atau kapal tertentu atau dengan apa cara sekali pun.

“Ini supaya masalah dan kesengsaraan yang dihadapi rakyat Palestin di Gaza sentiasa dalam perhatian masyarakat dunia,” katanya selepas meraikan enam lagi sukarelawan Malaysia yang dibebaskan Israel Sabtu lalu pada jamuan makan tengah hari di kediamannya di Langgak Duta di sini, semalam.
Mereka ialah Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu daripada Perdana Global Peace Organisation (PGPO), Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria serta Halim Mohamed dan Mohd Jufri Judin daripada TV3.

Mereka menaiki kapal MV Rachel Corrie yang membawa pelbagai bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza, ditahan selepas tentera Israel mengiringi kapal itu ke Pelabuhan Ashdod tiga hari lalu dan dibebaskan pada Sabtu di Jambatan Raja Hussein di sempadan Israel-Jordan.

Mereka pulang ke tanah air malam kelmarin.

Najib berkata, misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin membuka mata masyarakat dunia mengenai kekejaman rejim Zionis yang menghalang misi bantuan di perairan antarabangsa.
“Kita lihat sekarang perubahan pendapat dunia yang sudah memihak kepada rakyat Palestin dan mengutuk kerajaan Israel,” katanya.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Penasihat Perdana PGPO, Datuk Mukhriz Mahathir; Menteri Luar, Datuk Anifah Aman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Sementara itu, Mukhriz berkata, PGPO berusaha mendapatkan kapal misi kemanusiaan itu termasuk kapal MV Rachel Corrie yang mungkin boleh digunakan semula untuk misi bantuan pada masa depan.

“Sekarang, usahanya ialah untuk Kerajaan Turki dan Jordan membantu membebaskan kapal kita,” katanya.

Mengenai rancangan terbaru PGPO, Mukhriz berkata, pertubuhan itu cuba membantu rancangan bekas Ahli Parlimen Britain, George Galore yang ada hubungan rapat dengan Gaza untuk menghantar 60 kapal bantuan ke Gaza. – BERNAMA

tanggal 8 june 2010

salam....

asyik sibuk je update pasal LIFE LINE 4 GAZA kali ni nak update plak pasal diri sendiri..
tanggal 8 Jun 2010 merupakan hari yang paling menyakitkan bg aku.. sebb malam 8 jun ni tengah dok buat dinamik paler ake sakit giler!! sakit yang teramat sgt... tp atas bbrape sebb aku teruskan jugak wat dynamic... bukan nak menagih simpati.. bila korang tengok comment kat bawah ni takde sape pun yang concern ngan aku tp takpe atlest blog aku jd tempat untuk aku meluahkan segalenye....

sebb saket yang teramat sgt aku xbley teruskan so aku terpkse tido jam 1 and xbley nak ikot jadual yg sepatotnye pkol 2.30am.......

wassalam...




chow lu ok.
Assalamualaikum..

Monday, June 7, 2010

TURKI YANG BERANI

imbau kembali

TURKI SUDAH, MALAYSIA BILA LAGI?

PERDANA Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, menyebabkan hadirin Forum Ekonomi Dunia (WEF) terdiam apabila memarahi Presiden Israel, Shimon Peres, kerana menafikan Tel Aviv bersalah mengganas di Gaza dengan berkata: "Kamu bunuh mereka."

Erdogan berang selepas penulis Washington Post yang mempengerusikan majlis, David Ignatius, hanya memberinya 12 minit untuk berucap sedangkan Peres, 85, lantang berhujah selama 25 minit dan merujuk kepada pejuang Hamas sambil bertanya: "Mengapa mereka lancar roket? Gaza tidak dikepung. Mengapa mereka lawan kami, apa yang mereka mahu? Kebuluran tidak berlaku walau sehari di Gaza."

Apabila Ignatius memberinya satu minit untuk menjawab balas, Erdogan menuduh pengerusi itu menyekatnya membalas hujah Peres dengan berkata: "Saya kesal bagi mereka yang bertepuk tangan mendengar kamu bercakap. Kamu bunuh penduduk Gaza. Saya rasa itu adalah salah." "Peres, kamu lebih tua daripada saya. Suara kamu terlalu tinggi. Kamu bunuh mereka. Saya masih ingat kanak-kanak yang mati di tepi pantai. Saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri (Israel) berkata mereka gembira masuk Palestin dengan kereta kebal. Dalam soal membunuh, kamu terlalu bagus."(GAMBAR 1 DAN 2)

Apabila Ignatius cuba menyampuk, Erdogan berkata beliau tidak akan datang lagi ke Davos, meninggalkan ahli panel termasuk Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Setiausaha Liga Arab, Amr Moussa, di pentas ucapan.(GAMBAR 3)


Sumber : Berita harian

Galloway announces new land and sea convoys to break the siege of Gaza



Dear Friends of Palestine

Viva Palestina founder George Galloway, speaking to a crowd of around 20,000 protesting outside the Israeli Embassy in London (on Saturday 5th June) revealed the latest plan to bring about the end of the siege on Gaza.

Two simultaneous convoys - one by land the other by sea - will set forth on SUNDAY SEPTEMBER 12th bound for Gaza. Viva Palestina, the International Committee to break the Siege on Gaza and any allies who will join us will organise the two convoys.

The land convoy will leave from London and travel across Europe to Turkey Syria and ultimately through the Rafah Gate into Gaza. Co-operation will be offered and sought with all relevant governments and agencies.

It is expected the convoy will pick up vehicles and volunteers in each country through which it passes. The target is to enter Gaza with 500 vehicles.

The sea convoy will travel around the Mediterranean gathering ships, cargo, volunteers from each country. The target is to enter Gaza with sixty ships.

The aim will be to arrive on Gaza's frontiers at the same time. And to enter with the world's largest ever aid convoys. And to thereby render the siege null and void.