NAJIB bersama Rosmah, Dr Siti Hasmah, Dr Mahathir dan Anifah meraikan enam aktivis Rachel Corrie di Langgak Duta, semalam.
“Amat baik sekiranya NGO bersetuju terus menghantar bantuan kemanusiaan dengan menggunakan bot atau kapal tertentu atau dengan apa cara sekali pun.
Mereka menaiki kapal MV Rachel Corrie yang membawa pelbagai bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza, ditahan selepas tentera Israel mengiringi kapal itu ke Pelabuhan Ashdod tiga hari lalu dan dibebaskan pada Sabtu di Jambatan Raja Hussein di sempadan Israel-Jordan.
Mereka pulang ke tanah air malam kelmarin.
Najib berkata, misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin membuka mata masyarakat dunia mengenai kekejaman rejim Zionis yang menghalang misi bantuan di perairan antarabangsa.
“Kita lihat sekarang perubahan pendapat dunia yang sudah memihak kepada rakyat Palestin dan mengutuk kerajaan Israel,” katanya.
Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Penasihat Perdana PGPO, Datuk Mukhriz Mahathir; Menteri Luar, Datuk Anifah Aman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.
Sementara itu, Mukhriz berkata, PGPO berusaha mendapatkan kapal misi kemanusiaan itu termasuk kapal MV Rachel Corrie yang mungkin boleh digunakan semula untuk misi bantuan pada masa depan.
“Sekarang, usahanya ialah untuk Kerajaan Turki dan Jordan membantu membebaskan kapal kita,” katanya.
Mengenai rancangan terbaru PGPO, Mukhriz berkata, pertubuhan itu cuba membantu rancangan bekas Ahli Parlimen Britain, George Galore yang ada hubungan rapat dengan Gaza untuk menghantar 60 kapal bantuan ke Gaza. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment