Monday, September 7, 2009

rahsia l@gi ke??

Rahsia Menambat Hati Lelaki


Bagaimana anda menambat hati lelaki, terutama kekasih atau suami sendiri? Manusia memang tidak mampu meneroka hati dan jiwa manusia. Namun kita boleh mengenal mereka supaya kebahagian dapat dinikmati bersama. Apa sebenarnya yang harus anda lakukan untuk menambat hati lelaki?

Terima lelaki agar dia menerima anda

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain " Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terimalah dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda ialah tahu mengenai lelaki, dan bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai anda.

Fahamilah lelaki agar dia memahami anda

Cuba
memahami perangai sedia ada pada sesorang lelaki yang menyesuaikan perangai itu dengan diri anda. Ianya adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

Berubah untuk menikmati perubahan

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. “ALLAH tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri” Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda.
Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

Sanggup memberi untuk menerima

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah
sanggup memberi lebih banyak berbanding apa yang anda terima daripada lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak daripada yang sanggup anda beri.

Percaya untuk dipercayai

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, jangan anda mengharapkan lelaki itu mempercayai anda. Hidup ini meminta pada yang ada, memujuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara yang mudah. Bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda, bukan lah payah.
Apabila lelaki sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

Menangkan lelaki untuk menang

Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki. Dalam sebuah perkahwinan, sepatutnya
sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami dan kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri pula adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, perkahwinan itu akan menjadi porak-peranda.

Monday, August 31, 2009

RahSi@


Rahsia Menambat Hati Perempuan

· Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.

· Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan 'ASSALAMUALAIKUM' untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu
ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

· Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.

· Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat 'surprise' sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.

· Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke'macho'an kamu!.

· Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu
disisi mereka.

· Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.

· Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

· Jangankamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidaksuka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh 'cerita orang lain' kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar..
lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan 'meletup' pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal .Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin kamu juga boleh 'cool'kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana
mereka SAYANGkan kamu!

Saturday, August 29, 2009

ingatkah??



Ingatkah dirimu akan ayat ini....

”Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al Furqan:74)

Doa' yang dititipkan kita setiap kali selepas solat... Moga moga kehadiranmu adalah anugerah paling bermakna di dalam hatiku...Kadangkala terdetik rasa takut dan gusar di dalam hati ini kerana dirimu tidak pernah kutemui. Kelihatannya lucu bagi ramai orang, bagaimana kedua insan yang belum pernah bertemu boleh disatukan. Tetapi diri ini menyerahkan sepenuhnya kepada Allah akan urusan ini. Telah kuingatkan diriku, di setiap doa' dan sujudku, seandainya dirimu adalah milikku... dekatkanlah.Jika bukan, maka jauhkanlah... tetapi ternyata perjalan urusan ini semakin dimudahkan Allah.

doa buat kekasih....

Ya Allah....
Seandainya
telah engkau catatkan...........
Dia
milikku tercipta buatku...............
Satukanlah
hatinya dengan hatiku...........
Titipkanlah
kebahagian antara kami...........
Agar
kemesraan itu abadi...........



Dan
ya Allah ya tuhanku yang maha mengasihi.......
Seiringkanlah
kami melayari hidup ini .........
Ketepian
yang sejahtera dan abadi........

Tetapi
ya Allah..........
Seandainya
telah engkau takdirkan.............
Dia
bukan milikku..............
Bawalah
ia jauh dari pandangan ku..........
Luputkanlah
ia dari ingatanku.........
Dan
peliharalah aku dari kekecewaan............

Serta
ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti........
Berikanlah
aku kekuatan...........
Melontar
bayangannya jauh ke dada langit...........
Hilang
bersama senja nan merah............
Agarku
bisa bahagia..............
Walaupun
t anpa bersama dengannya............

Dan ya
Allah yang tercinta...........
Gantikanlah
yang telah hilang..........
Tumbuhkanlah
kembali yang telah patah.........
Walaupun
tidak sama dengan dirinya..........


Monday, June 29, 2009

kenangan bekerja di giant....


huhu kat sini la aku abeskan separoh cuti aku ngan kerja sebgai promoter pastu merchandizer.....

aktiviti aku pd ari biase (isnin, selasa, rabu, khamis, n jumaat)

  • pepagi agi pkol 9.30 da start motor kesayangan ayahsu huhu

  • p awas jgn lelaju sebab ader selekoh yg akan makan kita sebagai breakfast diorg haha
selekoh maot kat kesas line huhu
selekoh yg menyebabkan bbrapa bijik moto tebalik depan aku.. tu la saper suruh laju. "bila dia kater 30 , kita bwk 30 la", kate ayahsu hehehe...

JANGAN TIRU AKSI INI!!! GAMBAR DIAMBIL DENGAN PENUH CIRI2 KESELAMATAN DAN DIKAWAL OLEH PAKAR.
  • smapey je kat outlet terus masok coolroom... kuarkan barang.....
  • susun brg dalam 3 or 4 jam pastu pi outlet laen plak....
  • kalo dah susun brg so lelepak ngan staff giant especially giant b.kinrara.


tp aku ader tak puas ati ngan sorang cashier yg pasan bagos. namanye.... huhu xyah gtaw la bukan pe xnk kecoh2 kn... bukan bleh duet pun kalow wat kecoh kn2...
  • pastu malam balik la huhu ikot kesas line
KLIK GIANT
THILLAI yg budget cute huhu, sowwi ek...

tak byk sgt pic lam giant sebb tak leh bwk phone sebb guard tak kasi masok!!!!!!!!! adussssssssssss