Sunday, September 27, 2009
Ya Allah maafkan aku.......
kerna aku lalai akan tanggungjawabku terhadapmu...
ya Allah maafkan aku....
kerna aku alpa dengan nikmat rezeki kurniaanmu....
Ya Allah maafkan aku...
kerna aku menghampakan insan yang Kau kurniakan padaku...
Ya ALlah maafkan aku...
kerna aku gagal mmengawal diriku....
Ya Allah
maafkan aku....
terimalah Taubatku....
Friday, September 11, 2009
iFt@r jam@ie
bila smpai kat lokasi sorang mamat ni tunjuk plak satu kedai yg dia ckp agak popular gak r kat tempat tu.... name dia "tuuuuuu......dia pak tam"
Tuesday, September 8, 2009
jika ramadhan ini terakhir buatku
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvVb4yRGXtrSPPzmqvq99UPtX6WA9g_xejKdNo33iZDRl4SmE0ulpnBhFD8ZHb42m1h7ptOqDPfGPqgfeCVMo5X9aHGrpFG9bRjEQL39Xy_bTJvgFOsGJlVShnO94V5Gd9hQOXRtmzExCJ/s320/basmalah_1280.jpg)
rebutlah 10 malam terakhir
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjqd8BajfOk53gu9KZ0hgFUwNmYvyeQ2aOass18OedAovvOtf5CnK-41mAXDJd1acjM-cV7TbHwT0dI3k2yVVHMswrCl_vDMVa7sZ01nU5OWD_C9-zIvxqR5NLlW40urhWwrbNUSPl6hguh/s320/lailatulaqadar3.jpg)
dalam kesibukan dlm menunaikan tanggungjawab sebagai seorang student, tanggungjawab kita sbg hambaNya jgn sekali kita lupe..... wahai sahabat, rakan2 seperjuangan ingin diri ini mengingatkan anda semua dan juga diri sendiri yang memg diakui sering alpa dalam dengan kenikmatan dunia yang bersifat sementara...... ayuh kita gunakan masa yang diberikanNya, peluang olehNya untuk mencapai kejayaan di dunia n akhirat...... insyaAllah......
nur kasih.....
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjgAodoZG6X4bZaRiWYZHX_sKFtyzpgXLFbv1ZpF3vjbo_cfXegoHqglZrtXYusDFM4jKDCDEjPbqks-rcjKKbJi0KwdCu6tCQ4vPQmFezZqKyxWZvwE-kUbZOlnc7hCBSTM0aCD5kVBabf/s320/nur+kasih+front.jpg)
aku jarang tgk drama samada omputih atau tempatan..klu tgk pn besenya cerekarama..malas nk follw drama brsiri ni tp utk cerita ni aku rase ptt diberi kredit..samada sinematografi atau skripnya yg baik tp yg penting ada sesuatu yg menarik perhatian.. selain daripada pembikinan drama ni kat uia..aku xreti nk ulas tp so far bg aku cerita ni memg best..
![4](http://pergh.com/forum/Smileys/ymsmiley/4.gif)
skarang yg latest episode 16 ea??? tak tgk tv pun.... download sudey sebb ms tyngan tu kita ada tangungjawab laen kn....
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh9b9hB5RC3nRyphx7p8I2E0qQrPcjj0JHLUVEjuMDdzRqTqJj8OF5MMchK-gqikitQqyl6bs4fIczXgfU1GnMyYXtlR71dMl-gzZ9C8nZwdwJoQvxLPNZLf9Hf4lC7jCGig0V-bGsA1VJG/s320/nur-kasih-masjid-uia-kaherah1.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhjF1k4VacsT3uZSvfWQ6CmmlPuxXlqk3-yTmKBcbGgcHHY3pL9e9gh7kmAOVEW8ck8V_kZO9jo4fdf9aON85BE2X7kw43nS2bt952IXfN2khyloS6CZEJfLijUf3Syg2MSWnZ-DJP6X4QK/s320/nur-kasih-masjid-uia-kaherah2.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhdZBzAbbrZ3zgw0B56eVfzTp95B0gxb0PYoHaVw1kv0mM3XMm7N7xEg8rS_hJ9u0NWkVsg5eR2aqS33wUKxRDEx6QcPXABKffDz6FMakhzEpdR-MtURJMxeEQxLv78GqabbvCg2T1XTwrM/s320/NUR.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEix4cgJYsFIYfNstidoxGA4LGjHK22qVSIRYY-VVFRkLfPI3c6AulPpkzXVgWd1_e4W8HHRf3oqZ7e851Vwnm1enQRr7GBsobvRI_6cm0VF10o_GtCTRnE_j5-IpJ0B20Xu6VbOLL7WVu1n/s320/nur+kasih+3.jpg)
![](http://www.tv3.com.my/nurkasih/images/galeri/nurkasih_pix_a016.jpg)
Monday, September 7, 2009
rahsia l@gi ke??
Rahsia Menambat Hati Lelaki
Bagaimana anda menambat hati lelaki, terutama kekasih atau suami sendiri? Manusia memang tidak mampu meneroka hati dan jiwa manusia. Namun kita boleh mengenal mereka supaya kebahagian dapat dinikmati bersama. Apa sebenarnya yang harus anda lakukan untuk menambat hati lelaki?
Terima lelaki agar dia menerima anda
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain " Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terimalah dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda ialah tahu mengenai lelaki, dan bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai anda.
Fahamilah lelaki agar dia memahami anda
Cuba memahami perangai sedia ada pada sesorang lelaki yang menyesuaikan perangai itu dengan diri anda. Ianya adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan
Berubah untuk menikmati perubahan
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. “ALLAH tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri” Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.
Sanggup memberi untuk menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak berbanding apa yang anda terima daripada lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak daripada yang sanggup anda beri.
Percaya untuk dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, jangan anda mengharapkan lelaki itu mempercayai anda. Hidup ini meminta pada yang ada, memujuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara yang mudah. Bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda, bukan lah payah. Apabila lelaki sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.
Menangkan lelaki untuk menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki. Dalam sebuah perkahwinan, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami dan kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri pula adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, perkahwinan itu akan menjadi porak-peranda.